Kak Pah nak kongsikan tip penjagaan Baju Renang Muslimah BAkini ye
- Baju renang yang sudah digunakan perlu di bilas segera dengan air sejuk untuk menanggalkan kesan air garam atau klorin pada BAkini.
- Selepas sampai rumah, elakkan dari merendam Baju Renang Muslimah BAkini.
- Sekiranya baju dan seluar baju renang anda berlainan warna, sila basuh berasingan. Ini adalah untuk mengelakkan warna/baju yang gelap turun warna dan terkena pada pakaian yang lebih terang warnanya.
- Dinasihatkan mencuci dengan cucian tangan sahaja. Elakkan daripada memberus, menggunakan cucian mesin atau pengering kerana ini akan menyebabkan baju renang anda kehilangan struktur asli tekstil tersebut.
- Bilas baju renang dengan air sejuk sahaja, elakkan pencuci atau pelembut. Pakai sabun mandi sahaja.
- Perah sedikit dengan tangan. Gantung di bawah tempat yang teduh, jauh dari pancaran matahari. Jarakkan sedikit ketika menyidai.
- Baju renang boleh di lipat, tidak perlu di gantung.
- Baju renang tidak perlu di seterika. Jika ingin seterika perlu berlapik dengan kain cotton nipis di atas BAkini. Juga perlu menggunakan suhu yang rendah untuk mengelakkan daripada berlaku kerosakan pada tekstil tersebut. Paling terbaik untuk seterika adalah menggunakan seterika steamer.